Saturday, May 16, 2009

Untuk k c dak minat ngan ttbhs...kajian teks

1.0 PENDAHULUAN


1.1 PENGENALAN

Penggunaan teks amatlah penting untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tanpa teks sudah tentu sesuatu pembelajaran itu membosankan. Sebagai langkah yang bijak, seseorang guru ataupun pendidik hendaklah peka terhadap pemilihan teks yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Dalam pemilihan sesebuah teks tersebut, seorang guru itu hendaklah matang dan peka terhadap bahasa. Hukum – hukum bahasa hendaklah diambil kira sebelum ianya dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana yang kita ketahui tatabahasa merupakan peraturan dan hukum bahasa. Dengan kata lain ianya merupakan himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.

Lantaran itu, kajian demi kajian dibuat untuk memantapkan lagi tentang penggunaan sesebuah teks yang digunakan sebagai bahan pengajaran di sekolah. Oleh itu, pengkajian ini dibuat dengan meneliti dan menganalisis tentang penggunaan bahasa supaya dapat menjadi sumber maklumat dan rujukan para pelajar bagi menambahkan lagi penguasaan dalam aspek bahasa .

Justeru itu, dalalm kertas kerja kali ini penulis menggunakan Buku Antologi Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah Tingkatan 1 Edisi Pelajar Sehijau Warna Daun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Pertama ( Edisi Pelajar ) 2000.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kertas kerja ini ialah untuk mengulas dan memberi pendedahan tentang penggunaan bahasa yang dikaji dari beberapa perkara seperti berikut :

i. Mengenal pasti tentang penggunaan bahasa seperti laras bahasa,
ragam bahasa ( penggunaan bahasa puisi atau bahasa berirama).

ii. Mendedahkan tentang penggunaan bahasa pinjaman,bahasa kiasan, penggunaan kata pangkal ayat, penggunaan kata hubung dan jenis pembinaan ayat yang terdapat dalam teks tersebut

1.3 KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang digunakan dalam proses menyiapkan kertas kerja ini ialah dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Terdapat beberapa buah buku yang dikaji dan diteliti dari segi penggunaan tatabahasanya. Teks yang menarik perhatian penulis untuk dikaji adalah dari Antologi Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah Tingkatan 1 Edisi Pelajar Sehijau Warna Daun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Pertama ( Edisi Pelajar ) 2000. Disamping itu , penulis juga merujuk dari pelbagai buku, jurnal dan artikel sebagai panduan dan rujukan. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun mengikut kesesuaian untuk dikelas atau dikategori di bawah sub – topik kertas kerja ini.

1.4 BATASAN KAJIAN

Dalam kertas kerja ini, penulis memilih sebuah teks dari Buku Antologi Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah Tingkatan 1 Edisi Pelajar, Sehijau Warna Daun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Pertama ( Edisi Pelajar ) 2000. teks Sastera Jenaka yang bertajuk Cerita Lebai Malang untuk dikaji. Penulis membataskan tentang penggunaan bahasa laras bahasa, ragam bahasa ( penggunaan bahasa puisi atau bahasa berirama). Disampin menyentuh serba sedikit tentang penggunaan bahasa pinjaman,bahasa kiasan, penggunaan kata pangkal ayat, penggunaan kata hubung dan jenis pembinaan ayat yang terdapat dalam teks tersebut

1.5 DEFINISI KONSEP

1.5.1 Menurut Kamus Dewan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 2002 : 1513 ) ulasan bererti huraian berkenaan sesuatu komentar, kupasan, tafsiran; ~ buku kupasan isi sesebuah buku ( oleh pengritik buku). Perkataan teks ( 2002 : 1397 ) pula membawa maksud kandungan buku yang utama ( tidak termasuk catatan dan lain ).

2.0 PENGGUNAAN BAHASA.
2.1 Laras Bahasa

Nik Safiah Karim menyatakan bahawa sesuatu laras sebagai variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi bahasa yang ada pada pada setiap penutur. Laras ini pula ditentukan oleh perbendaharaan kata, tatabahasa, susunan frasa dan susunan ayat. Variasi - variasi bahasa yang dipilih oleh penutur atau penulis itu disebut laras, dengan kata lain, laras ialah gaya atau cara sesuatu bahasa itu digunakan.

Dalam konteks mengkaji dan seterusnya mengulas Buku Antologi Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah Tingkatan 1 Edisi Pelajar, Sehijau Warna Daun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Pertama ( Edisi Pelajar ) 2000. teks Sastera Jenaka yang bertajuk Cerita Lebai Malang menggunakan laras bahasa sastera. Penggunaan laras bahasa tersebut relevan dengan isi kandungan yang hendak disampaikan dalam teks ini. Sebagai contohnya,

Alkisah maka adalah sebuah desa; maka di dalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji, dan taat ibadatnya kepada Allah Taala, istimewa pula perangainya tersangatlah adap dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya dua laki isteri; iaitu tinggal pada sebuah dusun.

Dalam contoh di atas jelas bahawa laras bahasa sastera yang digunakan oleh penulis untuk menulis buku ini mempunyai kata – kata yang segar dan bertenaga justeru itu ianya dapat mengambarkan gambaran yang cukup jelas dan hidup kepada pembaca. Laras bahasa ini memang sesuai untuk diajarkan kepada murid Tingkatan 1, kerana ianya mudah dan senang difahami. Dalam teks ini juga penulis mendapati, terdapat banyak jenis kata yang berjaya didedahkan oleh pengarang bagi memenuhi tujuan khusus teks ini dihasilkan. Terdapat juga penggunaan kata mudah seperti kata tunggal lalu dikembangkan dengan penggunaan kata – kata lain yang semakin kompleks seperti kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Secara tidak langsungnya penggunaan buku ini dapat mengukuhkan lagi penguasaan dan minta murid – murid terhadap bahasa kesusasteraan melayu.

2.3 Bahasa Puisi Atau Bahasa Berirama

Teks sastera Jenaka cerita Lebai Malang menggunakan pelbagai ragam bahasa sehingga dapat mengindah dan melicinkan perjalanan cerita di dalamnya. Penulis dapat mengecam bebarapa unsur bahasa yang digunakan oleh pengarang sehingga dapat mencapai keindahan dan kelicinan cerita yang hendak disampaikan. Di antara aspek bahasa yang digunakan oleh penulis teks ini ialah bahasa puisi atau bahasa berirama. Terdapat dua jenis penggunaan puisi dalam teks ini, iaitu pantun dan syair. Antara pantun yang terdapat dalam teks ini ialah :
Lebai nasib langkahan malang,
Ke hulu hilir penat berulang;
Celaka sial bedebah jembalang,
Pakaian dibuang bertelanjang pulang.

Diantara syair yang diketengahkan oleh penulis teks ini ialah ;

Ayuhai nasib fakir miskin,
Dapat sedekah sebungkus lempeng,
Habis hilang baju dan kain,
Penganan habis dibaham anjing,

Penat berkejar tidak terkira,
Ke sana ke mari tersera – sera,
Punah golok bersama nira,
Pulang ke rumah mendapat mara.

Dengan adanya penggunaan bahasa berirama ini, ianya dapat menarik minat murid – murid untuk mengkaji lebih dalam lagi dari segi penggunaan bahasa yang begitu indah dan puitis ini terutama sekali ianya merupakan seni kreatif orang Melayu pada masa dahulu. Syair ini menceritakan tentang nasib malang yang telah menimpa Pak Lebai. Syair ini menampilkan pemilihan kata yang simbolik kerana hasrat Lebai Malang untuk











No comments: