Saturday, May 16, 2009

Untuk k c dak minat ngan ttbhs...kajian teks

1.0 PENDAHULUAN


1.1 PENGENALAN

Penggunaan teks amatlah penting untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tanpa teks sudah tentu sesuatu pembelajaran itu membosankan. Sebagai langkah yang bijak, seseorang guru ataupun pendidik hendaklah peka terhadap pemilihan teks yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Dalam pemilihan sesebuah teks tersebut, seorang guru itu hendaklah matang dan peka terhadap bahasa. Hukum – hukum bahasa hendaklah diambil kira sebelum ianya dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana yang kita ketahui tatabahasa merupakan peraturan dan hukum bahasa. Dengan kata lain ianya merupakan himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.

Lantaran itu, kajian demi kajian dibuat untuk memantapkan lagi tentang penggunaan sesebuah teks yang digunakan sebagai bahan pengajaran di sekolah. Oleh itu, pengkajian ini dibuat dengan meneliti dan menganalisis tentang penggunaan bahasa supaya dapat menjadi sumber maklumat dan rujukan para pelajar bagi menambahkan lagi penguasaan dalam aspek bahasa .

Justeru itu, dalalm kertas kerja kali ini penulis menggunakan Buku Antologi Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah Tingkatan 1 Edisi Pelajar Sehijau Warna Daun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Pertama ( Edisi Pelajar ) 2000.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kertas kerja ini ialah untuk mengulas dan memberi pendedahan tentang penggunaan bahasa yang dikaji dari beberapa perkara seperti berikut :

i. Mengenal pasti tentang penggunaan bahasa seperti laras bahasa,
ragam bahasa ( penggunaan bahasa puisi atau bahasa berirama).

ii. Mendedahkan tentang penggunaan bahasa pinjaman,bahasa kiasan, penggunaan kata pangkal ayat, penggunaan kata hubung dan jenis pembinaan ayat yang terdapat dalam teks tersebut

1.3 KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang digunakan dalam proses menyiapkan kertas kerja ini ialah dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Terdapat beberapa buah buku yang dikaji dan diteliti dari segi penggunaan tatabahasanya. Teks yang menarik perhatian penulis untuk dikaji adalah dari Antologi Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah Tingkatan 1 Edisi Pelajar Sehijau Warna Daun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Pertama ( Edisi Pelajar ) 2000. Disamping itu , penulis juga merujuk dari pelbagai buku, jurnal dan artikel sebagai panduan dan rujukan. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun mengikut kesesuaian untuk dikelas atau dikategori di bawah sub – topik kertas kerja ini.

1.4 BATASAN KAJIAN

Dalam kertas kerja ini, penulis memilih sebuah teks dari Buku Antologi Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah Tingkatan 1 Edisi Pelajar, Sehijau Warna Daun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Pertama ( Edisi Pelajar ) 2000. teks Sastera Jenaka yang bertajuk Cerita Lebai Malang untuk dikaji. Penulis membataskan tentang penggunaan bahasa laras bahasa, ragam bahasa ( penggunaan bahasa puisi atau bahasa berirama). Disampin menyentuh serba sedikit tentang penggunaan bahasa pinjaman,bahasa kiasan, penggunaan kata pangkal ayat, penggunaan kata hubung dan jenis pembinaan ayat yang terdapat dalam teks tersebut

1.5 DEFINISI KONSEP

1.5.1 Menurut Kamus Dewan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 2002 : 1513 ) ulasan bererti huraian berkenaan sesuatu komentar, kupasan, tafsiran; ~ buku kupasan isi sesebuah buku ( oleh pengritik buku). Perkataan teks ( 2002 : 1397 ) pula membawa maksud kandungan buku yang utama ( tidak termasuk catatan dan lain ).

2.0 PENGGUNAAN BAHASA.
2.1 Laras Bahasa

Nik Safiah Karim menyatakan bahawa sesuatu laras sebagai variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi bahasa yang ada pada pada setiap penutur. Laras ini pula ditentukan oleh perbendaharaan kata, tatabahasa, susunan frasa dan susunan ayat. Variasi - variasi bahasa yang dipilih oleh penutur atau penulis itu disebut laras, dengan kata lain, laras ialah gaya atau cara sesuatu bahasa itu digunakan.

Dalam konteks mengkaji dan seterusnya mengulas Buku Antologi Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah Tingkatan 1 Edisi Pelajar, Sehijau Warna Daun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Pertama ( Edisi Pelajar ) 2000. teks Sastera Jenaka yang bertajuk Cerita Lebai Malang menggunakan laras bahasa sastera. Penggunaan laras bahasa tersebut relevan dengan isi kandungan yang hendak disampaikan dalam teks ini. Sebagai contohnya,

Alkisah maka adalah sebuah desa; maka di dalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji, dan taat ibadatnya kepada Allah Taala, istimewa pula perangainya tersangatlah adap dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya dua laki isteri; iaitu tinggal pada sebuah dusun.

Dalam contoh di atas jelas bahawa laras bahasa sastera yang digunakan oleh penulis untuk menulis buku ini mempunyai kata – kata yang segar dan bertenaga justeru itu ianya dapat mengambarkan gambaran yang cukup jelas dan hidup kepada pembaca. Laras bahasa ini memang sesuai untuk diajarkan kepada murid Tingkatan 1, kerana ianya mudah dan senang difahami. Dalam teks ini juga penulis mendapati, terdapat banyak jenis kata yang berjaya didedahkan oleh pengarang bagi memenuhi tujuan khusus teks ini dihasilkan. Terdapat juga penggunaan kata mudah seperti kata tunggal lalu dikembangkan dengan penggunaan kata – kata lain yang semakin kompleks seperti kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Secara tidak langsungnya penggunaan buku ini dapat mengukuhkan lagi penguasaan dan minta murid – murid terhadap bahasa kesusasteraan melayu.

2.3 Bahasa Puisi Atau Bahasa Berirama

Teks sastera Jenaka cerita Lebai Malang menggunakan pelbagai ragam bahasa sehingga dapat mengindah dan melicinkan perjalanan cerita di dalamnya. Penulis dapat mengecam bebarapa unsur bahasa yang digunakan oleh pengarang sehingga dapat mencapai keindahan dan kelicinan cerita yang hendak disampaikan. Di antara aspek bahasa yang digunakan oleh penulis teks ini ialah bahasa puisi atau bahasa berirama. Terdapat dua jenis penggunaan puisi dalam teks ini, iaitu pantun dan syair. Antara pantun yang terdapat dalam teks ini ialah :
Lebai nasib langkahan malang,
Ke hulu hilir penat berulang;
Celaka sial bedebah jembalang,
Pakaian dibuang bertelanjang pulang.

Diantara syair yang diketengahkan oleh penulis teks ini ialah ;

Ayuhai nasib fakir miskin,
Dapat sedekah sebungkus lempeng,
Habis hilang baju dan kain,
Penganan habis dibaham anjing,

Penat berkejar tidak terkira,
Ke sana ke mari tersera – sera,
Punah golok bersama nira,
Pulang ke rumah mendapat mara.

Dengan adanya penggunaan bahasa berirama ini, ianya dapat menarik minat murid – murid untuk mengkaji lebih dalam lagi dari segi penggunaan bahasa yang begitu indah dan puitis ini terutama sekali ianya merupakan seni kreatif orang Melayu pada masa dahulu. Syair ini menceritakan tentang nasib malang yang telah menimpa Pak Lebai. Syair ini menampilkan pemilihan kata yang simbolik kerana hasrat Lebai Malang untuk











Mesti baca abis Tuk toyol Kom pseorgan...mun ktk urang nak mk...pk jak.....mun x jelas gilak pintak ktk urang dengan Asan @ Abg suhardi....

Hubungan Shahrizal dengan Malia terputus apabila dihantar oleh kedua ibu bapanya ke England untuk melanjutkan pelajaran. Jenis pemutusan hubungan ini dikatogerikan sebagai:
pemudaran (fading away)
pemutusan mengejut (sudden death)
peningkatan konflik (incrementalism)
kehilangan

Menggenggam penumbuk serta menghayunkan tangan ketika menyatakan “ya” adalah komunikasi bukan verbal yang dikatogerikan sebagai:
lambang
penyesuaian
pemaparan rasa
ABC
tiada satu pun di atas

Berikut adalah di antara tujuan menggunakan komunikasi bukan verbal secara sedar
memberitahu sikap atau menunjukkan sikap
membentuk kesesuaian
memberi maklumbalas
AC
ABC

En. Jus tidak pernas menyatakan perasaan marahnya secara verbal. Bagaimanapun, tangannya menggeletar,menghentakkan kaki, memuncungkan bibir, mata yang merah dan bermuka masam merupakan perilaku biasa ditunjukkannya apabila marah. Keadaan ini menunjukkan sifat komunikasi bukan verbal adalah;
komunikasi bukan verbal berlaku secara tidak disengajakan
mesej bukan verbal disalurkan melalui pelbagai saluran
komunikasi bukan verbal mempunyai banyak fungsi sosial
komunikasi bukan verbal adalah sukar

Apabila kita mendengar rakan kita bercakap seperti “Eh! Siapa kata aku marah!? Aku tak marahlah..” secara verbalnya, kita dengar rakan kita itu tidak marah. Tetapi secara bukan verbal melalui nada suara dan susun katanya itu tetap mempamerkan kemarahannya. Keadaan ini menunjukkan fungsi komunikasi bukan verbal sebagai fungsi:
saling melengkapi
percanggahan (contradiction)
penggantian (substituting)
pengulangan (repeating)

Pergerakan anggota badan oleh dikatogerikan sebagai
komunikasi bukan verbal dalam komunikasi bukan verbal
komunikasi vokal dalam komunikasi bukan verbal
komunikasi bukan verbal dalam komunikasi verbal
komunikasi vokal dalam komunikasi verbal

Kajian komunikasi bukan verbal mengenai pergerakan badan dan tangan dikenali sebagai;
kronemiks
kinesiks
haptiks atau sentuhan
proksemiks


Berikut adalah perbezaan2 di antara komunikasi verbal dengan komunikasi bukan verbal, KECUALI
mesej verbal diterima satu persatu berbanding dengan mesej bukan verbal yang diterima secara serentak melalui banyak saluran
mesej verbal mempunyai permulaan dan akhiran yang jelas dan boleh diputus atau dihentikan bebanding dengan mesej bukan verbal yang berterusan dan tidak boleh dihentikan
mesej verbal adalah jelas berbanding dengan mesej bukan verbal yang kabur
mesej verbal adalah lebih berpengaruh berbanding dengan mesej bukan verbal
Manakah antara berikut bukan merupakan sebab atau faktor untuk manusia menjalin hubungan?
paras rupa
kedekatan (proximity)
perbezaan sifat dan sikap
pendedahan kendiri (self disclosure)

Mana satukah antara perkara2 berikut bukan merupakan matlamat penjalinan hubungan?
mempamerkan ego seseorang
mempengaruhi orang lain
menjalin keintiman
pengesahan identiti diri


Kegelisahan dapat ditunjukkan melalui perilaku bukan verbal seperti memegang kolar baju, menggosok-gosok lengan dan mengorek-ngorek anggota tubuh yang tidak gatal. Gerak-geri anggota tubuh ini dipanggil;
postur (posture)
sentuhan
kinesiks
gestur (gesture)

Tujuan merapatkan diri kita dengan seseorang kerana ingin berkongsi idea atau bertukar-tukar fikiran. Keintiman ini disebut sebagai:
keintiman emosi
keintiman batiniah
keintiman intekektual
keintiman fizikal

Hubungan Suraya dengan Ali terbentuk kerana mereka bekerja dalam pejabat yang sama. Hubungan mereka semakin intim kerana Suraya bersedia menerima dan memilih Ali sebagai kekasihnya. Fenomena ini menggambarkan hubungan Suraya dengan Ali disebabkan oleh
keadaan (circumstances)
saling melengkapi (complimentary)
pilihan (choice)
AB
AC

Mana satukah antara pernyataan berikut sangat abstrak dari segi maknanya?
Pak Ali sangat pemurah
Swee Lan orangnya rajin macam semut
Rahul memang kacak orangnya
Perangai Jackson macam binatang

Jusoh yang berasal dari Kelantan biasanya menggunakan bahasa Melayu Johor di pejabatnya. Apabila dia didatangi oleh kawan-kawannya yang berasal dari Kelantan, dia mengubah bahasanya kepada dialek Kelantan walaupun ramai kakitangan di pejabatnya berasal daripada negeri-negeri lain. Jusoh berbuat demikian kerana ingin menunjukkan soiidaritinya dengan rakan senegeri. Cara penyesuaian percakapan yang ditunjukkan oleh Jusoh dinamakan sebagai
penumpuan atau convergence
pencapahan atau divergence
penafian atau negation
pemilihan kata demostratif atau demostrative pronoun choice

Berikut adalah benar mengenai sifat2 komunikasi bukan verbal
i. semua perlakuan mempunyai nilai komunikasi
ii. komunikasi bukan verbal adalah berhubungan
iii. komunikasi bukan verbal adalah samar atau kabur
iv. komunikasi bukan verbal berlakunya hanya dalam keadaan sedar (disengajakan)


Berikut adalah fungsi2 komunikasi bukan verbal
i. pengulangan
ii. pengawalan
iii. saling melengkapi dan penekanan
iv. penggantian

Jenis2 komunikasi bukan verbal adalah seperti berikut
i. muka dan mata
ii. sentuhan
iii. kewilayahan dan kedekatan
iv. suara

Antara strategi2 memutuskan hubungan secara tidak langsung (indirect) adalah seperti berikut, kecuali
i. mencetuskan gossip
ii. menarik diri: mengurangkan kontak tanpa penielasan
iii. meningkatkan kos: meningkatkan kos hubungan dengan tujuan menggalakkan temannya menarik diri
iv. kepura2 an:menyatakan hasrat untuk menjamin semula hubungan tetapi sebenarnya hendak memutuskannya

Model Tetingkap Johari merupakan tetingkap yang diimaginasikan sebagai berkait dengan maklumat tentang diri seseorang. Maklumat tersebut ialah
i. Terbuka:diketahui oleh diri sendiri dan orang lain
ii. Buta:diketahui oleh orang lain tetapi tidak diketahui oleh diri sendiri
iii. Tersembunyi: diketahui oleh diri sendiri tetapi tersembunyi daripada orang lain
iv. Tidak diketahui: maklumat yang diketahui tidak oleh sesiapa termasuk diri sendiri

Fasa Intra-psikik Duck merupakan salah satu siri dalam Model Pemutusan Hubungan Duck. Fasa ini berkaitan dengan aspek2
i. memberi tumpuan kepada perlakuan temannya
ii. melibatkan diri dengan perbincangan mengenai hubungan
iii. menilai hubungan bersama2
iv. menilai sama ada peranan yang dimainkan oleh temannya memadai

Terdapat 3 jenis struktur dalam hubungan iaitu, kecuali
i. hubungan kerana pilihan
ii. saling melengkapi / komplimentari
iii. simetri
iv. selari

Sifat2 komunikasi dalam hubungan peribadi termasuklah yang berikut kecuali
personalisasi
intergrasi
sinkronisasi
kerumitan

Berikut adalah benar mengenai sebab2 berlakunya perceraian, kecuali
sifat individu berubah
kawalan interaksi yang lemah
penglibatan pihak ketiga
isteri yang terlalu taat dengan suami

Berikut adalah benar mengenai jenis2 konflik, kecuali
konflik pseudo
konflik mudah
konflik metos
konflik ego




Tidak semua konflik adalah buruk. Konflik yang berfungsi (functional conflict) boleh membawa kesan2 yang baik. Antara kesan2 berikut, yang manakah dianggap sebagai konflik tidak berfungsi (dyfunctional conflict)
persetujuan
polarisasi
intergrasi
kerja sama

Faedah yang diperolehi daripada konflik apabila ia dikendalikan dengan baik dari aspek hubungan antara perseorangan adalah kecuali
konflik memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri orang lain
konflik dapat membina rasa cinta dan kasih sayang
konflik menjadi perangsang menguatkan hubungan
konflik memesrakan hubungan kita dengan individu lain

Gaya yang paling sesuai untuk menyelesaikan jenis konflik pseudo, konflik mudah dan konflik ego adalah
Gaya Tanpa Konfrontasi
Gaya Konfrontasi
Gaya Bekerjsama
Gaya Agresif

Strategi yang boleh digunakan untuk mewujudkan persetujuan apabila berlaku konflik ialah
wujudkan situasi menang2
abaikan persamaan
pisahkan lawan daripada masalah berbangkit
AC

Fasa pertama dalam proses konflik di antara dua individu berlaku apabila
sesorang daripada mereka berpendapat bahawa semua perbezaan antara mereka merupakan masalah dan dia merasa kecewa
kedua2 mereka mula mencari jalan untuk mengendalikan konflik tersebut
seorang daripada mereka menyedari akan perbezaan2 yang di antara berdua
mereka berkomunikasi sesama mereka mengenai perbezaan2 yang wujud

Ketika baru pertama kali bertemu Diani, semasa berbual Shahrul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Adakalanya Shahrul bermain2 dengan butang bajunya. Sesekali pula dia menggaru pipinya atau kolar bajunya. Apakah fungsi komunikasi bukan verbal yang tidak disedari sendiri oleh Shahrul dalam konteks ini?
pemaparan rasa
pengulangan
pengawalan
penyesuaian

Setiap kali kuliah En. Jusang pada hari Isnin, Hanani duduk di tempat yang sama. Bagaimanapun, pada hari Selasa minggu berikutnya, Hanani terlewat datang kuliah. Tempat yang lazim didudukinya telah dirampas oleh Rizal. Wajah Hanani kelihatan muram sepanjang kuliah hari itu. Mengapa?
ruang peribadi Hanani dicerobohi
ruang fizikal Hanani dicerobohi
ruang sosial Hanani dicerobohi
sebab Hanani tidak dapat menyalin nota yang dipaparkan pada skrin

“Baiklah, kalau kamu berdua sudah bersetuju, esok emak dan abah akan pergi meminang Siti Norhalizah,” kata ibu Jusang. Berdasarkan dialog di atas, di peringkat yang manakah hubungan di antara Jusang dan Siti Norhalizah?
Memulakan hubungan (initiating)
penerokaan (experimenting
mempergiat (intersifying)
mengintegrasi (intergrating)



Manakah antara dialog2 berikut paling sesuai dikaitkan dengan peringkat penerokaan (experimenting) dalam hubungan peribadi?
“Saudari, boleh saya tumpang tanya?”
“Ibuku mahu kau berjumpa dengannya esok”
“Adik beradik you ada berapa orang?”
“Oi, belanjalah aku makan di Menara Kuala Lumpur esok”

Menurut sesetengah penyelidik, terdapat titik permulaan (turning point) keretakan dalam hubungan peribadi. Dalam peringkat manakah titik tersebut bermula?
peringkat mempergiat hubungan (intensifying)
peringkat intergrasi (intergration)
peringkat pengikatan (bonding)
peringkat membuat perbandingan (differentiating)

“Mengapakah awak ni semakin gemuk? Tak bolehkah awak bersenam dan kelihatan cantik seperti isteri kawan saya tu?” ujar Abu kepada isterinya. Pada peringkat hubungan yang manakah dialog di atas paling sesuai dikaitkan?
memutuskan hubungan (termanating)
pergelakan (avoiding)
pembatasan
membuat perbandingan (differentiating)

Mana satukah antara perlakuan2 berikut pada peringkat pembatasan? (circumscribing)
sentiasa bertengkar apabila berbual
memberikan tumpuan dalam pencerapan mereka
senitiasa tolong menolong
hormat menghormati

“Tengoklah apa dah jadi dengan anak awak tu! Satu subjek pun dia tak lulus dalam PMR yang lepas!” kata Kasiran kepada isterinya. Pada peringkat hubungan yang manakah “anak awak” dalam dialog di atas paling sesuai dikaitkan?
memutuskan hubungan (terminating)
pengelakan (avoiding)
pembatasan (circumscribing)
membuat perbandingan (differentiating)

En. Jus: Laporan tugasan kamu ni tak memadai. Terlalu ringkas!
Pelajar: Berapa bilangan halaman yang paling baik untuk ini, En. Jus?
En. Jus: Sebaik-baiknya cukup untuk menerangkan keseluruhan topik.
Pelajar: Berapa banyak rujukan yang diperlukan?
En. Jus: Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.
Pelajar: Apa gaya bahasa yang perlu saya gunakan, En. Jus?
En. Jus Mestilah bersifat akademik tetapi jangan terlalu formal. Faham?
Pelajar: Ya! Saya faham. (Dalam hati pelajar: Grr! Aku langsung tak faham!)
Apakah yang menyebabkan masalah perbualan di atas?
Bahasa ekuivokal (equivocal language)
Bahasa abstrak
Euphemism
Bahasa Relatif

Mengapakah kita perlu meningkatkan kemahiran komunikasi bukan lisan?
manusia lebih banyak berkomunikasi secara lisan berbanding secara bukan lisan
menusia lebih banyak berkomunikasi secara bukan lisan berbanding secara lisan
mesej bukan lisan lebih dipercayai daripada mesej lisan
perasaan lebih berkesan disampaikan secara bukan lisan





Berikut adalah benar mengenai “ruang” di dalam komunikasi bukan lisan, kecuali
jarak intim (dari kulit hingga 18 inci)
jarak peribadi (18 inci hingga 4 kaki)
ruang sosial (4 kaki hingga 12 kaki)
ruang awam (12 kaki ke atas)
tiada jawapan di atas
Manakah satukan antara yang berikut adalah benar mengenai konflik?
konflik pada lazimnya boleh dielakkan
konflik selalunya berlaku kerana salah faham
konflik selalunya mencerminkan hubungan peribadi yang lemah
konflik tidak selalunya dapat diselesaikan

Sumber berlakunya konflik ego adalah______
ketidaksetujuan individu mengenai arah tindakan yang perlu dilaksanakan
dua perlakuan yang berbeza akibat pandangan yang berbeza
mempertahankan kepercayaan, nilai dan keyakinan individu dengan menyanggah individu lain secara peribadi
salah faham terhadap tanggapan individu mengenai sesuatu isu

Menurut kajian, kaum wanita didapati kurang cekap memahami mesej bukan verbal berbanding dengan orang lelaki
betul salah

Orang perempuan mengukur keintiman daripada keperibadian temannya memberi khidmat atau bantuan kepadanya
betul salah

Personalisasi adalah sejauh mana kedua-dua individu mengkoordinasikan aliran dan pengendalian interaksi mereka
betul salah

“Intergrasi” merupakan peringkat ke-5 dalam peringkat2 hubungan yang dikemukakan oleh Knapp
betul salah

Semua konflik hanya akan menyebabkan kerenggangan hubungan
betul salah

Menurut kajian, kaum lelaki lebih cenderung mencetuskan konflik demi melindungi kepentingan dirinya berbanding dengan kaun wanita
betul salah

Konflik ego terbit daripada perbezaan2 idea, definisi, persepsi dan matlamat
betul
salah

Kaedah penyelesaian konflik menang2 (win2) selalunya dikaitkan dengan kuasa (power)
betul
salah

Emblem adalah perlakuan bukan verbal yang dilakukan secara disengajakan dan mempunyai makna yang diketahui oleh orang rama
betul
salah

Pendedahan kendiri berlaku apabila seseorang memberitahu temannya yang tidak diyakini mengenai maklumat2 yang sedia dieketahui oleh temannya
betul
salah

Komunikasi antara perseorangan adalah komunikasi kemanusiaan.
betul
salah

* Jawabannya ktk boleh email jak dgn kmk..........k

Nak tuk boleh Juak k molah SPA......padah juak dengan c dak lain


1.0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan

Sejarah perkembangan perhubungan awam di Malaysia bermula dengan pengunduran Jepun dari Tanah Melayu. Pelbagai aktiviti dibuat sebagai publisiti mengenai keburukan komunis kepada masyarakat pada ketika itu. Antara aktiviti publisiti yang dilakukan pada ketika itu adalah dengan pengedaran risalah-risalah kecil dan poster serta penubuhan agensi penyiaran dan maklumat. Cuba kita renung kembali peristiwa yang berlaku di negeri Sarawak apabila minyak dijumpai di sana suatu ketika dahulu amalan perhubungan awam ini bila Sarawak menjadi tumpuan politik kerana gas asli dan minyak ditemui di perairan negeri berkenaan. Kegiatan awal perhubungan awam di Sarawak bermula dengan penekanan terhadap aspek komunikasi di kalangan organisasi pelabur, khususnya syarikat minyak dengan masyarakat setempat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan sosial yang lain. Semenjak merdeka Perkhidmatan awam malaysia telah banyak berubah. Namun begitu, kadar perubahan dunia telah juga menjadi lebih pesat, lebih-lebih lagi dalam masa satu beberapa tahun yang lalu. Pelbagai cabaran yang amat besar kepada semua sektor dalam negara, samada sektor awam maupun swasta.

2.0 PERHUBUNGAN AWAM
2.1 Definisi / Pengertian ( Sarjana )
Dalam buku Public Relations Handbook: "public relations is the use of information to influence public opinion" (Wells, Burnett & Moriarty, 1989). Ia satu definisi yang menggunakan saluran informasi untuk mempengaruhi pendapat umum.
"Both definitions treat public relations as management function that is practiced by companies, government, trade and professional associations, nonprofit organizations, the travel and tourism industry, the educational system, labor unions, politicians, organized sport, and media. Its audience (public) may be external (customers, the new media, the investment community, the general public, the government and also internal stockholders, employees" (Wells, Burnett & Moriarty, 1989).

Menurut Hamdan (1988): ” Perhubungan Awam ialah satu reputasi. Ia merupakan satu kegiatan yang sangat penting untuk manusia yang normal. Ramai pengamal perhubungan awam berpendapat bahawa profesion mereka akan lebih mudah difahami jika istilahnya merujuk kepada "hubungan dengan masyarakat awam".
Untuk menjadi pengamal perhubungan awam yang baik tidak saja memerlukan kemahiran dan pengetahuan tinggi, malah ia perlu berperanan bagi mengukuhkan sistem penyebaran bahan berita mengenai pelbagai aktiviti syarikat dan organisasinya disiarkan di media. Perhubungan awam adalah antara cabang profesion terpenting di negara ini. Peranannya turut memberi sumbangan besar ke arah meningkatkan kredibiliti dan imej sesebuah syarikat atau organisasi. Mereka perlu mengadakan hubungan dan kerjasama dengan pihak media. Namun, pelbagai cabaran pada masa ini dan depan pasti ditempuhi dan menuntut pengetahuan serta idea baru seiring dengan peredaran globalisasi.
Pengertian itu dengan jelas menunjukkan hubungan sesebuah organisasi, syarikat, perbadanan, persatuan, universiti dan lain-lain yang mempunyai sasaran masyarakat awam yang pelbagai. Masyarakat awam merujuk kepada setiap kumpulan atau individu yang mempunyai hubungan dengan sesuatu organisasi ataupun individu samada majikan, pekerja pembekal, pengedar, pelanggan, pengguna, kerajaan, firma dan sebagainya.
3.0 PERHUBUNGAN AWAM
3.1 Amalan Dan Etika
Profesion ( PR ) perlu mempunyai etika yang ketat dan dipatuhi oleh setiap pengamalnya. Perkara ini penting bagi menjamin imej profesion ini akan terus cemerlang. Perhubungan awam adalah satu profesion yang amat terlibat dalam pembentukan imej, Sebelum pengamalnya membina imej yang baik bagi orang lain, ia sendiri mesti memiliki imej seratus peratus bersih. Amalan perhubungan awam amat diperlukan kerana dengan adanya perhubungan awam, program komunikasi yang berkesan dan bersepadu bertujuan menentukan arah tuju organisasi dan kumpulan komponen-komponen di bawahnya mencapai kumpulan sasaran. Perhubungan awam juga dapat merangka, menganalisis dan menginterpertasi pendapat orang awam, isu-isu dan tingkahlaku yang mungkin ada kesan untuk kebaikan atau sebaliknya ke atas operasi dan perancanaan organisasi.Selain dari itu, amalan perhubungan awam dapat memberi nasihat kepada pengurusan dalam menubuhkan polisi baru, prosedur dan tindakan yang mendatangkan faedah bersama kepada organsisasi dan kumpulannya. Satu daripada tujuan utama perhubungan awam ialah untuk membantu organisasi membangun dan mengekalkan persekitaran sosial yang membolehkan organisasi tersebut berkembang maju dan menghasilkan kejayaan yang terbaik. Perhubungan awam dapat memelihara hubungan dua hala di antara organisasi dengan komuniti setempat. Perhubungan awam berperanan sebagai perantara untuk memantau maklumbalas kepada pengurusan yang diperolehi daripada persekitaran organisasi. Proses pemantauan boleh dilakukan melalui empat proses utama iaitu penyelidikan, perencanaan atau perancangan, tindakan dan juga penilaian semula. Amalan perhubungan awam perlu untuk menjaga kepentingan organisasi dalam menentukan pihak-pihak yang terlibat tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej Jabatan. Pengamal perhubungan awam perlu sentiasa komited dalam menjalankan tugas-tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Usaha untuk menyampaikan maklumat yang sahih, tepat dan benar kepada kumpulan- kumpulan sasar termasuk media massa serta mempunyai disiplin yang tinggi dalam menjalankan tugas supaya profesion perhubungan awam sentiasa mendapat perhatian dan sanjungan kumpulan sasar.
4.0 PERHUBUNGAN AWAM
4.1 Dari segi perspektif Keperluan / Tugas/ Amalan.
Bagaimanapun, tugas PRO amat luas daripada perhubungan media hinggalah kepada tugas mengendalikan berbagai-bagai kegiatan meninjau pendapat awam. Pegawai perhubungan awam (PRO) merujuk kepada orang yang bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas perhubungan awam. Di samping menjalankan pelbagai bidang khusus perhubungan awam, PRO jug kerap dilabelkan sebagi wakil hal ehwal awam, pegawai hal ehwal awam, pegawai komunikasi, eksekutif perhubungan awam , pegawai akhbar, pegawai penerangan, pegawai maklumat awam, pegawai komunikasi korporat, pegawai pemasaran dan pegawai publisiti keluaran. Tugas sebenar mereka bergantung kepada jenis organisasi di mana mereka bertugas. Mereka bekerja dalam berbagai organisasi, termasuk kerajaan, korperasi, agensi sosial, syarikat komersil dan industri, kerajaan tempatan, kumpulan kepentingan awam, agensi atau syarikat perundingan. Pegawai perhubungan awam bertanggungjawab untuk membentuk dan mengekalkan kesedaran awam tentang dasar dan tindakan majikan atau pelanggan mereka dan membina komunikasi antara pekerja dan pengurusan dalam organisasi. Selain dari itu , PRO juga bertanggungjawab untuk menyediakan ucapan dan menyediakan brosur, periklanan, laporan, dan sebagainya. PRO juga merupakan individu penting yang berperanan untuk membangunkan perhubungan dengan organisasi dan media massa dan menjalankan kegiatan penyelidikan dan perhubungan, memberikan perkhidmatan kepada pengurusan serta menyelaraskan acara istimewa, promosi dan pameran Pegawai perhubungan awam mesti boleh bekerja dengan semua jenis manusia.
Bolehlah kita katakan disini bahawa, seseorang pengamal perhubungan Awam atau Pegawai Perhubungan Awam ( PRO ) mesti mematuhi etika perhubungan awam bagi memastikan tugas dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan cemerlang serta menonjolkan imej dan reputasi yang baik dan bersih. Seandainya peraturan ini tidak dipatuhi pelbagai masalah akan datang mengundang sama ada dalam sesebuah organisasi atau pun sebaliknya. Aspek perhubungan awam dianggap sebagai salah satu daripada fungsi pengurusan yang semakin diterima terutamanya dalam organisasi yang sering menghadapi banyak cabaran. Keberkesanan perhubungan awam juga diukur berdasarkan kedudukan dan peranan pengamal perhubungan awam dalam sesebuah organisasi. Semakin tinggi kedudukan pengamal perhubungan awam dalam organisasi, semakin berkesan amalan perhubungan awam dalam organisasi tersebut. Keberkesanan amalan perhubungan awam dalm organisasi ini sebenarnya bergantung kepada sejauhmana seseorang pengamal perhubungan awam mematuhi etika perhubungan awam. Pengamal perhubungan awam perlu sentiasa menunjukkan tahap kemahiran dan kompetensi profesionalisme yang tinggi dalam perlaksanaan tugas komunikasi dan mempunyai tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi bagi membina keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi dan amalan perhubungan awam ini amat dituntut dan diperlukan semasa seseorang sedang bertugas dan pengetahuan yang lebih meluas tentang perkembangan semasa serta kaitannnya dengan dasar Jabatan atau organisasi yang dianggotai amat diperlukan semasa menyelesaikan masalah pelanggan. Muhamad Rosli Selamat telah mengemukakan empat teori atau model perhubungan awam yang telah diperkenalkan oleh Grunig iaitu Publisiti Akhbar yang bermatlamat sebagai propaganda dan berbentuk komunikasi sehala, Pemaklumatan Publik yang bertujuan penyebaran maklumat sehala tetapi mementingkan kebenaran dan kesahihan maklumat, Asimetrik Dua-Hala yang menyebar maklumat berunsur pemujukan saintifik komunikasi dua hala yang tidak seimbang dan yang keempat ialah model Simetrik Dua-Hala yang bertujuan pemaklumatan persefahaman bersama dengan impak komunikasi yang lebih seimbang. Baskin et., 1997 pernah menyatakan pelaksanaan amalan perhubungan awam sesebuah organisasi mempunyai dua tahap iaitu tahap iaitu:
a.Makro - Pada tahap makro, dasar ditentukan oleh pengurus yang melibatkan cara bagaimana pengurus bertindak bagi mempengaruhi publik agar terpengaruh dengan dasar yang diperkenalkan
b.Mikro - Tahap mikro pula merupakan proses pengendalian aktiviti perhubungan awam yang melibatkan majikan dan pekerja sesebuah organisasi secara perincian tindakan dan dijelaskan melalui tatacaranya.
Amalan perhubungan awam boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :
a.Pertama - perhubungan awam dalaman . Perhubungan awam dalaman merujuk kepada pegawai-pegawai khas yang dibayar oleh sesebuah organisasi untuk mengendalikan kegiatan perhubungan awam dan kedua, perhubungan awam perundingan atau perhubungan awam luaran yang juga dipanggil agensi perhubungan awam.
b.Kedua - Perhubungan awam luaran merujuk kepada syarikat perhubungan awam luaran yang memberikan khidmat rundingan atau nasihat perhubungan awam serta mengendalikan program perhubungan awam bagi organisasi yang melanggan kepada mereka. Amalan perhubungn awam yang ketiga ialah gabungan perhubungan awam dalaman dan perhubungan awam luaran
5.0 Penutup
5.1 Kesimpulan
Pengamal – pengamal ( PR ) banyak memberi sumbangan pada negara, cuba kita bayangkan seandainya tiada pengamal –pengamal ( PR ) di negara kita telah lama negara kita akan dijajah lagi berkemungkinan juga kita tidak mempunyai negara kita sendiri. Bagi pengamal – pengamal ( PR ) pula hendaklah mematuhi segala etika tentang ( PR ). Etika perhubungan Awam ini amat penting untuk menjaga status dan intergrati disamping dapat menjatikan diri kita agar sentiasa hormat dan peka dengan keadaan sekeliling kita. Penyebaran maklumat hanya bermakna apabila proses komunikasi dua hala antara organisasi dengan persekitaran berlaku. konsep perhubungan awam digunakan untuk menjelaskan hubungan antara individu, kumpulan atau organisasi dengan masyarakat awam Bolehlah kita katakan di sini bahawa Perhubungan awam juga merupakan satu usaha yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat melalui perwatakan yang baik dan prestasi yang bertanggungjawab, berdasarkan kepada komunikasi dua hala yang saling memuaskan antara kedua-dua pihak.
Dalam dunia pengurusan yang semakin kompleks dan mencabar, perhubungan awam ( PR ) merupakan satu kegiatan yang tidak boleh dinafikan kepentingannya.

Tugasan Yang Aku polah masa aku semeter 6 UPM,PYS......SPA....leh taha juak asiment tuk pecah palak kku molahnya.......tapi alhamdullilah.....sampey p


1.0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Petai Sarikei, Sarawak akan diadakan mengadakan Hari Terbuka selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 23 hingga 25 April 2009. Selaku seorang pelajar yang mengikut program Bacelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia, Guru Besar sekolah saya Encik Dau Anak Gani dengan berbesar hati meminta kerjasama saya untuk membantu beliau membuat publisiti dan merancang aktiviti sambutan untuk hari tersebut.
Perancangan yang teliti perlulah diambil kira sebelum menjalankan aktiviti ini. Beberapa faktor dan perkara harus diambil kira dan diteliti supaya ianya memenuhi kehendak Guru Besar sekolah saya seperti : matlamat, objektif, kumpulan sasaran, lokasi sasaran, aktiviti yang akan dijalankan, tenaga penggerak, anggaran kos perbelanjaan hingga kepada sasaran pendapatan yang akan diperoleh. Justeru, kertas kerja ini kita akan membincangkan juga cara melakukan publisiti Hari Terbuka Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Petai, Sarikei.
Untuk menjayakan aktiviti ini, beberapa perkara perlu dititikberatkan dan dipertimbangkan supaya perancangan kita terlaksana dengan jayanya. Aspek perancangan yang baik dari awal hingga akhir aktiviti yang akan dijalankan semua nya berdasarkan kepada pendekatan perhubungan awam.

2.0 PROSES PERENCANAAN STRATEGIK DALAM PERHUBUNGAN AWAM
2.1 Pendefinisian Masalah
Pada suatu ketika dahulu ( 1995 ) sekolah ini seakan tiada berpenghuni lagi, ini adalah disebabkan tiada ibu bapa dikawasan tersebut yang hendak menghantar anak mereka menuntut di sekolah ini. Justeru, motif utama Guru Besar sekolah saya untuk mengadakan Hari Terbuka pada tahun ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan imej sekolah kepada khalayak umum disamping dapat menggalakkan penduduk setempat menghantar anak mereka bersekolah disekolah ini dan juga dapat membantu menyumbangkan dana sekolah yang mana pada masa ini dana sekolah semakin merudum. Dengan adanya Hari Terbuka ini, masyarakat luar terutamanya penduduk atau masyarakat sekeliling akan lebih mengenali Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Petai, Sarikei secara lebih dekat memandangkan sebelum ini kebanyakan masyarakat hanya mengenali Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Petai pada nama sahaja dan beranggapan bahawa sekolah ini terletak di kawasan pedalaman, sedangkan sekolah ini terletak di kawasan persisiran bandar yang boleh dihubungi dengan kenderaan darat sebagai pengangkutan ke sekolah ini. Berbanding dengan 34 tahun yang lepas sebaik ( menggunakan jalan air ) sahaja penempatan pertama saya dikawasan tersebut.
2.2 Perencanaan dan Perancangan
2.2.1 Matlamat
Matlamat utama Hari Terbuka ini bertujuan meningkatkan imej sekolah kepada masyarakat sekeliling. Justeru memberi peluang orang ramai mengenali dengan lebih dekat sekolah kami ( SRKSP ), Sarikei, disamping dapat menggalakan penduduk sekeliling menghantar anak mereka bersekolah di sini.
2.2.2 Objektif
Objektif Hari Terbuka ini adalah menambahkan dana sekolah dalam membantu sekolah dari segi kewangan. Di samping itu program ini dapat, mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, guru-guru, serta staf sokongan sekolah dan juga pihak Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ) sekolah, masyarakat luar dan dalam kawasan tempatan terbabit terutamanya pihak ibu bapa. Hari Terbuka ini juga merupakan pendedahan kepada para pelajar secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti tersebut seperti dalam pengurusan aspek perniagaan, kawalselia, pengelolaan, dan sebagainya.

2.2.3 Pelaksanaan tindakan dan komunikasi
Mengikut perancangan, Hari Terbuka ini diadakan selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 23 hingga 25 April 2009. Hari Terbuka bermula pada hari Jumaat hingga tengahari pada hari Sabtu. Hari Terbuka Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Petai ini bertemakan “JOM PERGI SEKOLAH” kerana aktivitinya banyak melibatkan masyarakat luar dan warga sekolah. Kumpulan sasaran yang terlibat dalam aktiviti ini adalah penduduk setempat dari dalam dan luar kawasan kampung ini, badan-badan kerajaan dan pihak-pihak swasta dan NGO bagi membantu menambahkan dana sekolah serta mempromosikan sekolah kepada penduduk dipersekitaran persisiran bandar Sarikei.
Diantara aktiviti yang paling meriah dan yang paling menonjol sekali ialah pembukaan gerai untuk disewa kepada penduduk setempat dan juga kepada syarikat – syarikat yang berada disekeliling bandar Sarikei. Gerai makanan antara gerai yang paling banyak dibuka dalam program ini. Gerai-gerai makanan diagihkan kepada gerai-gerai makanan mengikut kaum-kaum yang terdapat di Sarawak. Antaranya ialah jualan makanan yang lebih menumpukan perhatian kepada makanan tradisional seperti ‘pansuh’ makanan orang Iban yang dimasak menggunakan buluh, makanan yang dibakar menggunakan daun pisang, ‘umai’ iaitu ikan mentah yang dicampur sambal tradisional makanan orang Melanau dan sebagainya.
Selain itu, terdapat juga sudut pameran oleh badan-badan kerajaan seperti Jabatan Pertahanan Awam ( JPAM ), Tentera DiRaja Malaysia( ATM ), Polis Diraja Malaysia ( PDRM ), Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Penerangan Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan( AADK ). Selain daripada itu pihak swasta atau pun syarikat yang berpengaruh di daerah Sarikei turut dijemput untuk menjayakan aktiviti ini antaranya adalah seperti AMHOME Flooring Sdn.Bhd, PRODUA, SARAWAK Kraf, Tanjung Manis Develoment.sdn.Bhd. dan lain-lain syarikat lagi mempamerkan perkhidmatan mereka pada Hari Terbuka ini disamping mempromosikan syarikat dan produk keluaran syarikat masing – masing.
Melalui pembelajaran yang diajar oleh guru disekolah ( Kemahiran Hidup ), pelajar-pelajar dapat mempraktikkan pengetahuan dalam bidang berkenaan dengan menghasilkan pelbagai jenis masakan, jahitan, pertukangan, dan tanaman untuk dijual semasa Hari Terbuka SRKSP, Sarikei tersebut. Para pelajar juga turut terlibat, segala hasil kerja tangan mereka seperti jahitan, pertukangan, dan berkebun turut dipamerkan kepada orang ramai disamping ianya dijual kepada pengujung pada masa itu kelak.
Demikian juga hasil dari balai seni sekolah, T-shirt sekolah dan hasil seni seperti lukisan, ukiran, dan lain-lain lagi turut dijual pada hari tersebut. Selain belajar tentang penghasilan produk, pelajar juga terdedah dalam perniagaan dan secara tidak langsung mereka dapat membantu menambahkan dana sekolah dalam aktiviti ini. Selain pembukaan gerai dan sudut pameran, terdapat juga aktiviti lain yang diadakan pada Hari Terbuka SMKSP ini. Antaranya ialah acara Pertandingan Permainan Rakyat, Malam Kebudayaan, Pertandingan Masakan Tradisional, Sukaneka, dan lain-lain lagi. (Rujuk Lampiran A Tentatif Program).
Untuk bahagian tenaga penggerak dalam aktiviti ini, selain dibantu oleh guru-guru dan pelajar sekolah, Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) juga turut membantu dalam menjayakan aktiviti ini. Carta Organisasi ini boleh dirujuk dalam Lampiran B.
Lampiran A
Bahan




Kuantiti/Unit
Harga seunit
Jumalah

(RM)
(RM)
1) Sewa Khemah

30
50.00
1,500.00
2) Iklan Akhbar

4
200.00
800.00
3) Kad Jemputan

100
0.50
50.00
4) Risalah

1000
0.05
50.00

6) Recam Pengurusan
-
-
3,000.00

Jumlah bersih:

5,400.00





Jadual di atas menunjukkan perbelanjaan bagi rancangan aktiviti Hari Terbuka SMKSP. Manakala sasaran pendapatan untuk Hari Terbuka SMKSP adalah seperti di bawah:
Sewa/Yuran
Harga
Anggaran
Jumlah

Seunit/Semasa
Seunit/Seorang

Gerai
150.00
30
4500.00
Permainan Rakyat



i. Pelajar
2.00
100
200.00
ii. Orang Dewasa
3.00
150
450.00
Tiket Malam Kebudayaan



i. Pelajar
2.00
500
1000.00
ii. Orang Dewasa
3.00
2000
6000.00
Pertandingan Masakan
5.00
20
100.00
Sukaneka



i. Pelajar
2.00
100
200.00
ii. Orang Dewasa
3.00
150
450.00
Tiket Pentas Rakyat



i. Pelajar
2.00
500
1000.00
ii. Orang Dewasa
3.00
2000
6000.00
Mencari Harta Karun



i. Pelajar
2.00
100
200.00
ii. Orang Dewasa
3.00
150
450.00
Penyertaan Pentas Rakyat



i. Individu
5.00
30
150.00
ii. Kumpulan
10.00
15
150.00


Jumlah Bersih:

20,850.00

Sasaran Pendapatan - Kos Perbelanjaan = Keuntungan
RM20,850.00 – RM5,400.00 = RM15,450.00


Oleh yang demikian, sasaran pendapatan untuk Hari Terbuka SRKSP adalah RM20,850.00 ditolak anggaran kos perbelanjaan RM5,400.00, hasilnya RM15,450.00 jumlah bersih yang dikutip dalam masa tiga hari aktiviti ini diadakan akan disalurkan ke dalam dana sekolah.
2.4 Publisiti
Publisiti didefinisikan sebagai “perbuatan yang dirancang untuk menarik perhatian ramai atau golongan sasaran semata-mata untuk mereka mendapat sokongan mereka”. Kegiatan publisiti ini melibatkan perhubungan media massa melalui liputan bahan-bahan dalam berita atau acara khas dan ia juga menunjukkan iklan sebagai suatu publisiti. Untuk rancangan komunikasi Hari Terbuka ini, saya telah memilih dua cara membuat publisiti iaitu melalui media elektronik dan media cetak digunakan.
Media elektronik yang dipilih untuk publisiti aktiviti ini ialah melalui siaran radio untuk pengumuman secara berulang, perkhidmatan yang disediakan oleh siaran radio tempatan. Dengan pengumuman secara berulang ini, kesannya lebih mendalam dan dapat membujuk pendengar untuk melibatkan diri dalam program tersebut. Liputannya juga menyeluruh lebih-lebih lagi kepada pendengar yang tinggal di kawasan sekitar sekolah terbabit.

Di samping itu juga, saya memilih satu rancangan khas radio iaitu Temubual Bersama DJ yang selalu disiarkan pada hujung minggu untuk publisiti Hari Terbuka ini. Hal ini memberi peluang kepada semua pendengar mengikuti siaran ini kerana kebanyakan penduduk tidak bekerja pada hujung minggu. Bagi publisiti radio Temubual Bersama DJ akan dilakukan dua minggu sebelum acara diadakan, manakala pengumumuan secara berulang mengenai Hari Terbuka ini dilakukan dua minggu berturut-turut dan dilakukan pengumuman dua atau tiga kali sehari sebelum Hari Terbuka diadakan.
Selain publisiti melalui media elektronik, publisiti melalui media cetak iaitu melalui pengiklanan menerusi akhbar juga dilakukan. Pengiklanan ini diterbitkan sebulan sebelum Hari Terbuka diadakan, terbitan iklan akan dikeluarkan empat kali sebulan dengan saiz iklan 18cm x 16cm, untuk dua keluaran iklan dikeluarkan pada hari bekerja memudahkan tatapan badan-badan kerajaan dan swasta yang berminat mengikut aktiviti yang diadakan. Manakala dua keluaran iklan lagi diterbitkan dalam akhbar mingguan untuk kemudahan orang ramai kerana pada hari tersebut bukan hari bekerja dan dijangka ramai yang mengikuti perkembangan publisiti ini.
Di samping itu juga, Kad Jemputan turut diedarkan kepada badan-badan kerajaan dan swasta serta penduduk-penduduk di kampung-kampung yang berdekatan. Selain daripada Kad Jemputan, risalah mengenai Hari Terbuka juga diedarkan sebulan sebelum acara diadakan. Publisiti menggunakan risalah ini

selain diedarkan kepada orang perseorangan, ia juga boleh dilekatkan pada papan notis balai raya, dewan masyarakat, kedai kopi, dan lain-lain tempat yang dibenarkan. Aktiviti mengedarkan risalah ini, dilakukan oleh kakitangan sekolah dan bantuan JKKK juga diperlukan untuk melancarkan aktiviti ini. Pengedaran risalah ini boleh dijalankan di kompleks beli-belah kerana tempat tersebut memang menjadi tumpuan ramai.
2.5 Penilaian rancangan dan keputusan/hasil
Secara menyeluruh perancangan untuk publisiti dan perancangan aktiviti adalah berkesan. Dengan perancangan yang teliti, terancang dan teratur menunjukkan masyarakat jelas dan memahami secara terperinci atur cara Hari Terbuka ini. Demikian juga perancangan publisiti dapat kita lihat ketelitiannya dalam membuat publisiti Hari Terbuka ini dengan pemilihan media komunikasi yang mudah didapati dan meninggalkan kesan kepada masyarakat untuk mengetahui tentang Hari Terbuka SRKSP ini.
Imej sekolah mendapatkan liputan meluas dan kesannya adalah kekal kerana publisiti sebulan sebelum acara disiarkan melalui radio dan akhbar. Sementara melalui risalah pula, ia bukan sahaja diedarkan dari orang perseorangan atau dari satu tempat ke satu tempat yang lain malah risalah-risalah ini akan diletakkan pada papan notis balai raya, dewan masyarakat, kedai kopi, dan lain-lain tempat yang dibenarkan.

Dari segi perancangan aktiviti Hari Terbuka ini, ia menampakkan aturcara yang tersusun dan terancang dari satu aktiviti kepada satu aktiviti mengikut kategori yang sesuai. Begitu juga dengan pemilihan masa yang bertepatan untuk setiap aktiviti yang dijalankan mencerminkan lagi kelancaran aturcara Hari Terbuka sekolah yang akan diadakan.
Dapat diramalkan melalui perancangan publisiti dan aktiviti memberi kesan yang positif dalam mencapai objektif program yang dilaksanakan ini. Apa yang diharapkan dengan kerjasama semua pihak boleh menjayakan Hari Terbuka sekolah ini agar imej yang menyatakan sekolah pendalaman tidak mampu maju ke hadapan adalah salah. Dengan kerjasama kumpulan sasaran ini juga mampu memberi pulangan yang banyak kepada dana sekolah bagi membantu sekolah dan pelajar yang memerlukan bantuan dari segi kewangan dan membaik pulih bahagian sekolah yang perlu diperbaiki.
Selain itu, penglibatan pelajar sekolah itu sendiri mampu membantu pelajar dan memberi pengalaman dalam menjayakan aktiviti seumpama ini pada masa hadapan. Hal ini kerana mereka telah terdedah secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini dari penglibatan pengurusan, urus setia aktiviti, perniagaan dan lain-lain. Jelaslah bahawa, selain mengekalkan imej sekolah dan mengumpul dana untuk sekolah, aktiviti Hari Terbuka ini membantu semua pihak bekerjasama dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam menjayakan aktiviti ini.

3.0 PENUTUP
3.1 Kesimpulan
Dalam mengendalikan sesuatu acara yang berpestij seperti Hari Terbuka Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Petai, Sarikei, Sarawak ini, publisiti dan perancangan aktiviti yang teliti, terancang dan jelas adalah penting dalam penonjolan imej bagi sekolah yang kita kendalikan ini. Saya berharap dengan adanya proses perencanaan strategik dalam Perhubungan Awam dapat membantu dalam perencanaan aktiviti dan pemilihan media komunikasi yang tepat membantu keberkesanan publisiti yang kita lakukan. Perhubungan Awam yang berbakat perlu bijak dalam pemilihan aset utama untuk menonjolkan imej sesuatu acara yang mereka jayakan.
Saya cadangkan supaya semua pihak bersatu atau berpadu-tiasa, mengembleng tenaga, berkerjasama seperti peribahasa “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat” untuk menjayakan program ini. Kesimpulannya, dalam tugasan ini publisiti dan perancangan untuk aktiviti ini adalah penting dalam meningkatkan imej sekolah terbabit disamping memastikan program dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Untuk adik kakak yang molah ijazah di.........Mungkin nak tuk boleh nulung kitak urang......

1.0 PENGENALAN

1.1 Apakah itu Sosiolinguistik?
Menurut Janet Holmes, ahli-ahli sosiolinguistik berminat untuk mengkaji bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat, bagaimana bahasa berbeza, termasuk juga fungsi bahasa dan bagaimana bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud-maksud sosial menerusi komunikasi. Dalam pada itu terdapat ramai tokoh sosiolinguistik yang terlibat sama dalam menakrifkan sebagai “sosiolinguistik”, termasuk tokoh-tokoh seperti Appel, Nikolas Coupland dan Adam Jaworski, Dell Hymes, Joshua Fishman, Nababan, Hari, Urti Kridalaksana, Cripper dan Widdowson serta yang tidak dapat dinyatakan di sini. Sosiolinguistik, berasal daripada gabungan perkataan sosio & linguistik, menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. Kita mudah dapat menyemak bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa.
Sosiolinguistik ialah merupakan satu kajian tentang bahasa dan hubungannya dengan masyarakat.

1.2 Kepelbagaian Bahasa.

Kepelbagaian bahasa membawa pengertian bermacam-macam jenis bahasa. Kepelbagai bahasa ini juga turut dikenali sebagai kelainan bahasa. Kepelbagaian bahasa ini merangkumi sama ada besar atau kecil, tinggi atau rendah, dan termasuklah juga aspek dialek-dialek.
Kepelbagaian bahasa ini sebenarnya boleh kita katogerikan kepada dua kelompok bahasa yang besar iaitu seperti berikut:

1.2.1 Bahasa Inklusif

Bahasa Inklusif adalah merupakan bahasa yang diletakkan di atas sesebuah bahasa atau beberapa jenis bahasa yang sedia ada. Bahasa ini sebenarnya memiliki sifat dan ciri sangat tinggi dan unggul. Di samping itu juga ianya diletakkan di atas serta dalam masa yang sama mengatasi bahasa-bahasa lain. Boleh juga kita simpulkan sebagai bahasa sedia ada dituturkan oleh sekumpulan masyarakat tertentu. Misalnya adalah seperti berikut; Bahasa Kebangsaan , Bahasa Rasmi , Lingua Franca, Bahasa Pijin, Bahasa Kreol dan Bahasa Koine


1.1.2 Bahasa Eksklusif

Bahasa Eksklusif pula ialah bahasa yang tidak diletakkan di atas bahasa lain. Akan tetapi bahasa jenis ini sebenarnya ianya memiliki bentuk yang tersendiri, terbatas dan serba unik. Di samping itu bahasa ini turut diajar kepada para penutur yang terbatas dalam kelompok dalaman mereka. Pembatasan ini sama ada dari segi daerah, kumpulan, kelas atau kelompok. Dengan kata lain, Bahasa Eksklusif ini dapatlah kita definisikan sebagai sejenis bahasa yang diguna pakai dalam kelompok tertentu, termasuklah kelompok sepekerjaan, puak, subetnik, gerombolan dan sebagainya. Namun penggunaannya agak terbatas. Sehubungan itu, bolehlah kita katogerikan Bahasa Eksklusif ini kepada beberapa jenis seperti berikut;

Ø Bahasa Purba
Ø Bahasa Slanga
Ø Bahasa Argot
Ø Bahasa Khusus
Ø Bahasa Rahsia
Ø Dialek Pijin


2.0 BEBERAPA KATOGERI BAHASA INKLUSIF

2.1 Bahasa Rasmi

Bahasa Rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam pentadbiran dan segala urusan rasmi. Ini termasuklah dalam sebaran am (media massa), surat-surat rasmi kerajaan seperti borang permohonan, dokumen peribadi yang merangkumi surat beranak, kad pengenalan, minit mesyuarat, urusan pos dan sebagainya. Dalam sesebuah negara boleh menggunakan lebih daripada satu bahasa rasmi. Cuma di negara kita Malaysia sahaja menggunakan satu jenis bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu. Misalnya di negara Brunei Darussalam menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berikut beberapa contoh penggunaan bahasa rasmi untuk negara tertentu;

Ø Thailand (Bahasa Thai)
Ø Indonesia (Bahasa Indonesia)
Ø Switzerland (Bahasa Perancis, Jerman, Itali, Romansch)
Ø India di peringkat kebangsaan (Bahasa Hindi, Inggeris) tetapi lebih 14 bahasa rasmi di peringkat negeri
Ø Singapura (Bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu, Tamil)

2.2 Bahasa Kebangsaan

Bahasa Kebangsaan adalah merupakan bahasa rasmi, bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar sesebuah negara. Bahasa ini juga kerap digunakan di arena media massa sama ada elektonik mahupun cetak. Di negara kita, kesemua pusat pengajian tinggi menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan di samping menggunakan lain. Bahasa Kebangsaan ini juga turut digunakan di dalam sistem pemerintahan negara, parlimen, majlis konvokesyen dan menjadi bahasa pengantar di seluruh sekolah kebangsaan di negara kita. Bahasa Kebangsaan ini sudah tentu menjadi kemegahan dan kebanggaan bagi sesebuah negara. Kemegahan dan kebanggaan terhadap bahasa kebangsaan ini tercetus atas sebab faktor-faktor berikut;
· Penutur bahasa bersikap positif terhadap bahasa berkenaan
· Ketaatan bahasa terutama di kalangan para nasionalisme
· Bahasa menggambarkan kemerdekaan dan kedaulatan negara
· Menjadi indentiti bagi sesebuah negara
· Memiliki sejarah kegemilangan
· Menjadi bahasa peribumi
· Menjadi bahasa lingua franca
· Ramai mengetahui dan boleh menutur bahasa tersebut
· Bahasa yang berkemampuan
2.3 Lingua Franca

Hartmann dan Stork, 1976 menyatakan Lingua Franca sebagai bahasa yang terdapat di dalam kawasan pertembungan bahasa yang intensif. Di samping itu bahasa ini digunakan oleh para penutur bahasa yang terdiri daripada pelbagai komuniti bahasa sebagai bahasa perantara sepunya semasa berkomunikasi. Perkataan ‘lingua’ itu membawa maksud bahasa manakala ‘franca’ bermaksud Frank, iaitu merupakan nama salah sebuah negara bangsa di Eropah Barat pada ketika itu. Manakala istilah lingua franca ini timbul ekoran daripada peperanagan Salib antara pasukan Tentera Kristian dari Eropah dengan para Tentera Islam di Asia Barat yang ketika itu menguasai tanah-tanah suci di Palestine terutamanya di Jerusalem. Sehubungan itu, pasukan Tentera Kristian telah menggunakan Bahasa Lingua Franca sebagai bahasa perantara di kalangan mereka. Namun sekarang pengertiannya bukan sahaja terbatas kepada pengertian seperti huraian di atas, malahan di dunia sekarang banyak terdapat bahasa lingua franca. Berikut merupakan beberapa contoh bahasa lingua franca;

· Asia Tenggara (Bahasa Melayu sebagai lingua franca)
· Afrika Timur & Tengah (Bahasa Swahili sebagai lingua franca)
· India (Bahasa Hindi sebagai lingua franca)
· Amerika Tengah & Selatan (Bahasa Sepanyol sebagai lingua franca) kecuali Brazil

2.4 Bahasa Pijin

Bahasa Pijin ialah bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa. Manakala bahasa yang terbentuk tidak boleh diklasifikasikan kepada salah satu bahasa asal. Bahasa Pijin mempunyai formulanya yang tersendiri, iaitu seperti berikut;

A + B = C

Apabila bahasa A bercampur dengan bahasa B, maka akan terbentuk bahasa C. Tetapi bahasa C itu tidak boleh dikatogerikan sebagai bahasa A atau bahasa B. Sebenarnya bahasa pijin ini hanya bersifat sementara kerana ianya tidak mempunyai penutur aslinya. Ini terjadi disebabkan oleh kepentingan perdagangan dalam kalangan penutur bahasa lain yang bertembung di tempat tertentu seperti ketika berada di pasar, pusat perdagangan dan sebagainya. Semasa berkomunikasi lahirlah percampuran bahasa tadi dan sama sekali tidak menguasai sebarang bahasa komuniti lain. Dengan hal yang demikian wujudlah bahasa campuran (pijin). Di Malaysia, bahasa pasar dikatogerikan sebagai bahasa pijin yang sering digunakan di pasar semasa membeli ikan, sayur-sayuran dan sebagainya.


2.5 Bahasa Kreol

Bahasa Kreol merupakan bahasa pijin yang telah menjadi bahasa pertama atau juga dikenali sebagai bahasa ibunda. Bahasa kreol ini wujud akibat percampuran antara bahasa penjajah dengan bahasa peribumi. Berikut merupakan beberapa contoh;

*Kreol Perancis di Haiti *Kreol Inggeris di Hong Kong
*Kreol Portugis di Macau dan Melaka *Kreol Cina Baba di Melaka
*Kreol Betwai di Jakarta *Kreol Osing di Jawa Timur

Bahasa jenis ini kadang-kadang menerima proses berbalik kepada bahasa asal, iaitu ketika ia meninggalkan unsur-unsur dari salah satu bahasa campuran tadi bagi mewujudkan bahasa asal yang sempurna serta baku. Misalnya di Papua Niugini ada terdapat bahasa Neo-Melanesia, iaitu terbentuk campuran bahasa Inggeris dengan bahasa peribumi. Namun hari ini keadaannya berubah, di sekolah murid-murid mula belajar bahasa Inggeris yang asli, sempurna dan baku. Kesannya murid-murid tadi akan meninggalkan bahasa campuran mereka tadi, kemudian ke arah bahasa Inggeris yang standard atau baku melalui tiga proses seperti berikut:
· Basilek (kreol asli)
· Mesolek (kembali kepada asal)
· Akrolek (kelainan yang wujud)

2.6 Bahasa Koine

Bahasa Koine sama dengan bahasa lingua franca. Bahasa jenis ini digunakan oleh semua orang dalam satu-satu daerah atau wilayah tertentu. Boleh kita katakan bahasa ini ialah dialek yang menjadi bahasa standard dikongsi milik oleh daerah-daerah secara politik dalam satu kesatuan. Misalnya bahasa Arab, di seluruh daerah Arab terdapat dialek-dialek Arab yang berbeza antara satu sama yang lain. Contoh jenis-jenis dialek setempat ialah seperti berikut;

Oman, Kuwait, Iraq, Syria, Jordan,
Yemen, Saudi, Mesir, Sudan, Libya,
Tunisia, Aljeris, Maghribi, Mauritania,
Lebanon, Amiriah Arab Bersatu

Walaupun di negara Arab mempunyai pelbagai dialek Arab, namun bukan semua mereka memahami dialek-dialek berkenaan. Namun dengan kewujudan Al-Quran, maka mereka dapat mengatasi masalah tersebut. Bahasa Arab Al-Quran atau Arab Klasik adalah bahasa sepunya yang digunakan oleh orang Arab di dalam dunia Arab. Bahasa Arab ini juga dikenali sebagai Bahasa Koine.

3.0 BEBERAPA KATOGERI BAHASA EKSKLUSIF
3.1 Bahasa Purba

Bahasa Purba juga dikenali sebagai bahasa arkaik. Bahasa ini adalah bahasa yang kuno dan telah mati serta tidak berkembang lagi. Contohnya bahasa agama Sanskrit telah mati sejak abad ke-2 Masihi. Bahasa ini juga telah digunakan untuk kitab-kitab suci agama Hindu seperti Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atherva Veda. Namun bahasa ini diajar secara tertutup dan terbatas. Contoh lain bahasa purba ialah bahasa Latin yang digunakan oleh penganut agama katolik pada masa dahulu dan yang terakhir ialah bahasa Kawi iaitu bahasa Jawa Kuno yang telah mati.

3.2 Bahasa Slanga
Bahasa Slanga merupakan satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan cepat berubah. Bahasa jenis ini sering diguna pakai oleh kumpulan rock, pelajar universiti dan golongan profesional semasa berkomunikasi bagi mengelak daripada diketahu oleh kumpulan komuniti bahasa yang lain.Walapun kata-kata jenis ini muncul dengan tiba-tiba, namun ianya mudah hilang dengan cepat. Perkataan bahasa ini dicipta daripada bahasa dialek atau kaum tertentu termasuklah penjajah.

3.3 Bahasa Argot
Bahasa Argot juga dikenali dengan nama cant dan lingo. Ianya adalah suatu jargon yang khusus bersifat setempat, kumpulan sosial dan kumpulan rakan sejawat, terutama sekali di kalangan golongan masyarakat kelas bawahan.

3.4 Bahasa Khusus
Bahasa Khusus adalah suatu bahasa khas. Bahasa jenis ini sering digunakan oleh golongan profesional termasuk juruterbang dan sebagainya. Oleh kerana bahasa jenis ini terlalu khusus, maka sukar untuk difahami serta diketahui oleh orang lain selain daripada penggunanya sendiri.

3.5 Bahasa Rahsia
Bahasa Rahsia adalah sejenis bahasa yang dicipta untuk tujuan perisikan, pengedaran dadah, narkotik dan sebagainya. Di negara kita pihak polis dan tentera ada menggunakan bahasa rahsia dalam menjalan tugas seharian mereka.
3.6 Dialek
Dialek ialah satu kelainan bahasa yang berbeza dari segi sifat sebutan, kosa kata daripada bahasa baku dan tatabahasa. Bahasa ini juga bersifat geografis atau bersifat subbahasa. Misalnya bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia dan dialek-dialek bahasa cina. Dialek adalah bersifat saling memahami, namun tidak semestinya, seperti dialek bahasa cina. Dialek boleh dipecahkan kepada tiga bahagian;
· Dialek sosial (Bahasa Jawa)
· Dialek daerah (Dialek Utara, Kelantan, Negeri Sembilan)
· Dialek seketika (Dialek zaman, seperti Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu moden dan sebagainya)

Manakala berikut dinyatakan beberapa sebab mengapa timbulnya dialek tesebut. Antaranya adalah seperti berikut;
· Pengalaman yang berlainan
· Pengaruh luar yang berlainan (Pengaruh Bahasa Inggeris kepada dialek Johor-Riau dan Belanda ke atas bahasa Indonesia)
· Terpisah dari segi tempat (Kedah dan Kelantan)
· Terpisah dari segi zaman (Bahasa Melayu Sri Lanka dan Afrika Selatan)
4.0 KESIMPULAN
Umum menyedari di dunia kita terdapat kepelbagaian bahasa. Di mana-mana sahaja masyarakat, sudah pasti adanya bahasa yang tersendiri. Sebenarnya bahasa itu mempunyai hubungan langsung dengan masyarakat. Ini disebabkan bahasa adalah suatu alat penting untuk manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Kepelbagai bahasa ini tidak mengira besar atau kecil, tinggi atau rendah serta dialek-dialek tertentu. Sebenarnya bahasa itu sendiri terdiri daripada dua katogeri, termasuklah bahasa Inklusif dan bahasa Eksklusif. Bahasa Inklusif terdiri daripada Bahasa Kebangsaan, Rasmi, Lingua Franca, Pidgin, Kreol dan Koine. Manakala bahasa Eksklusif pula merangkumi bahasa Purba, Slanga, Argot, Khusus, Rahsia dan Dialek.